| ]

Berikut adalah garis panduan pelaksanaan pemberian wang ehsan kepada ahli-ahli Kelab KESUKA, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Garis panduan ini merupakan persetujuan yang dibuat dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KESUKA sahaja dan tidak diwartakan sebagai satu perlembagaan kelab. Oleh itu, ianya adalah bebas untuk sebarang pindaan dan tidak sah untuk sebarang tindakan undang-undang. Sebarang pemberian sumbangan adalah berdasarkan tuntutan yang diterima dari ahli dan bukannya secara automatik. Segala yang tercatat di bawah adalah garis panduan pelaksanaan tahun 2005 dan seterusnya (tertakluk kepada pindaan).