| ]


Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KESUKA) mula ditubuhkan secara tidak rasminya pada tahun 1979 atas keizinan Pegawai Perpustakaan Negeri (kini Pengarah).

Diawal penubuhannya, KESUKA hanya tertumpu pada acara sukan sahaja. Pada tahun 1983, KESUKA telah berubah corak dengan lebih merangkumi kegiatan sosial dan kebajikan di samping rekreasi sukan yang memberi manfaat kepada ahli dan kakitangan. Pada 11 Julai 1984, KESUKA telah didaftarkan secara rasmi sebagai pertubuhan berdaftar di bawah naungan PPAS dan Pegawai Perpustakaan Negeri (Pengarah) sebagai Penasihat. Keahliannya terbuka kepada semua kakitangan PPAS di semua Pusat Perkhidmatan.

KESUKA berperanan sebagai wadah bagi kakitangan berkumpul, bertukar-tukar fikiran, bersilaturrahim serta melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah bagi kebaikan ahli, keluarga serta PPAS. Secara umumnya penubuhan KESUKA bertujuan untuk menyemai semangat dedikasi terhadap perkhidmatan, bekerjasama dengan pihak PPAS dalam program peringkat jabatan, menggalakkan kegiatan kebajikan dan sukan di kalangan ahli dan kakitangan serta memupuk semangat bersatu padu, bekerjasama dan kekeluargaan di kalangan ahli dan kakitangan.