| ]

Tujuan Tabung Kecemasan ini ditubuhkan adalah bagi membantu serta meringankan beban ahli KESUKA yang menghadapi kesulitan dan masalah kewangan.

Syarat-syarat pinjaman :-

  1. Mestilah ahli KESUKA.
  2. Memerlukan seorang penjamin [bagi yang berjawatan tetap, penjamin TIDAK DIPERLUKAN].
  3. Jumlah pinjaman yang dibenarkan adalah sebanyak RM100.00 sahaja [dalam tempoh sebulan].
  4. Pinjaman akan diluluskan sama ada oleh Pengerusi KESUKA atau Timbalan Pengerusi KESUKA.
Cara memohon :-
  1. Isi dan lengkapkan Borang Tabung Kecemasan.
  2. Hantar permohonan kepada Pengerusi atau Timbalan Pengerusi KESUKA di alamat berikut :
Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
D/A Perpustakaan Raja Tun Uda,
Persiaran Bandaraya,
40572 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan